Sekiranya anda berasa hairan kerana penggunaan Bahasa Melayu aku dalam blog ini, ini ialah jawapan aku: Aku nak syok sendiri sekejap kerana menggunakan Bahasa Melayu seolah-olah sangat "cute". Perasaan ini diperkuatkan lagi setelah membaca blog saudari Vania Quah mengenai surat cinta daripada "boyfriend"nya. (Jangan risau saudari Ong Xiau Wei, ini bukan surat cinta aku kepadamu, perkara ini tidak mungkin berlaku kerana kamu bukan secawan teh aku. "You are not my cup of tea")
Aku ingat pada Malam Orientasi pertama dalam kolej HELP, itulah kali pertama aku berkawan dengan saudari Ong. Walaupun kami pernah bercakap sebelum malam tersebut, tetapi pada masa itu aku macam
Selepas malam itu, kami telah beransur-ansur rapat. Pada masa itulah saya tahu membezakan saudari Ong daripada saudari Choong. (Mereka macam twins la) Saudari Ong lebih serious, manakala saudari Choong lebih 49.
Walaupun hari ini satu hari selepas hari jadi ke-18mu, tetapi aku ingin mengucapkan "Selamat Hari Jadi belated" kepada saudari Ong. Kerana ke-serious-anmu dan ke-49-anmu, kami telah menjadi kawan yang amat baik. Walaupun kekerapan berjumpa (meeting frequency, wah macam yes sajalah aku ini, bahasa saintifik pun tahu guna.) kami telah berkurang selepas semester kedua, tapi aku tahu dalam hati kita, kita sama-sama cinta sesama kita (cinta antara kawan, bukan antara boyfriend dan girlfriend, jangan pembaca kalian fikir yang bukan-bukan ya).
Diharapkan kamu terus upgrade ke-49-anmu supaya kamu boleh tahan cerita lawak aku yang sangat sejuk ini (cold joke).
Sekian, terima kasih.
Kawan yang sangat cinta akanmu,
Boon Boon
No comments:
Post a Comment